PERTANIAN

Tuesday 29 March 2011

JENIS-JENIS PISANG

Pisang dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Ianya dikenali di negara-negara tropika seantero dunia akibat dari perkembangan aktiviti perdagangan. Pisang mula diperkenalkan oleh saudagar-saudagar Arab di Afrika Timur. Pada tahun 1402, ianya telah dibawa ke Kepulauan Canary oleh orang-orang Portugis. Manakala bangsa Sepanyol memperkenalkan pisang ke Mexico sekitar tahun 1531 dan ke Benua Eropah Barat serta Amerika Utara pada tahun 1866.
Malaysia kaya dengan pelbagai jenis pisang, dari sebesar-besar pisang seperti pisang Tanduk hinggalah sekecil-kecil pisang seperti pisang Emas. Terdapat lebih dari 14 jenis pisang yang boleh ditemui dan ditanam di sini. Dalam istilah sainsnya, pisang tergolong dalam Order Zingerberalis, iaitu kumpulan keluarga Musaceae dan genus Musa. Genus Musa boleh dibahagikan kepada dua kumpulan; Eumusa iaitu kumpulan yang boleh dimakan dan Phusocaulis, yang tidak boleh dimakan.
Antara jenis-jenis pisang yang terdapat di tanahair kita adalah seperti:

Pisang Embun
Pisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter .

Pisang Emas
Saiz buah pisang ini adalah kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman. Setiap tandan mempunyai berat antara 7 hingga 9 kilogram, 6 hingga 7 sikat dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini bersaiz 9.0 sentimeter dan lebarnya ialah 3.5 sentimeter. Pokok pisang Emas adalah kecil sahaja.

Pisang Rastali
Buah pisang ini bersaiz sederhana. Kulitnya berwarna kuning dan agak kasar. Terdapat bintik-bintik hitam dan coklat di atas permukaan kulitnya serta ianya mudah dikupas. Isinya pula berwarna putih atau krim pucat. Setiap tandan mempunyai berat kira-kira 10 kilogram, 7 hingga 8 sikat dengan bilangan 90 hingga 100 biji buah pisang . Manakala setiap sikat mengandungi 10 hingga 14 biji buah pisang. Panjang buah pisang Rastali ialah kira-kira 12.0 sentimeter dan lebarnya berukuran 3.7 sentimeter.

PENANAMAN SERAI

Cymbopogon citratus dan Cymbopogon flexus. Spesis C. citrates


PANDUAN MENANAM SERAI

PENGENALAN


Serai makan adalah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea. Terdapat 2 spesis serai makan yang dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai ‘lemongrass’ iaitu tersebar luas dikawasan beriklim tropika, termasuk Malaysia, manakala penanaman C. Flexus lebih tertumpu dikawasan Malabar, India.
Negara-negara utama yang menanam serai makan secara komersial adalah India, China, Guatemala dan Brazil. Dinegara-negara ini serai makan diusahakan untuk pengeluaran minyak pati.Pengeluaran minyak pati dunia dalam tahun 80an ialah kira-kira 310 tan setahun. Di Malaysia, industri pengeluaran minyak pati serai makan atau minyak-minyak pati lain hampir tidak wujud. Oleh itu, serai makan hanya ditanam untuk kegunaan segar sebagai perisa makanan.

Tanaman serai makan sesuai di tanam dikawasan beriklim tropika, cukup cahaya matahari dan hujan. Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik, walaupun tanaman ini agak tahan kepada kemarau. Tanaman ini juga sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan salirannya tidak memuaskan. Tanah gembur dari jenis lom berpasir adalah terbaik.

BAHAN TANAMAN
Tanaman serai makan C. citrates dibiak menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 hingga 9 bulan. Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai tanaman. Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.

PENYEDIAAN TANAH
Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa permulaan musim hujan. Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur. Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.

PENANAMAN
Dua hingga tiga ‘batang’ serai ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanaman bergantung kepada kesuburan tanah. Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur. Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3m hingga 1.0 m. Pemerhatian di MARDI menunjukkan jarak tanaman 1.0 m antar baris x 0.5 m dalam baris iaitu memberi kepadatan 20,000 rumpun sehektar sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.

PEMBAJAAN
Serai makan dikenali sebagai tanaman yang ‘menghauskan’ tanah. Oleh itu pembajaan yang sesuai adalah mustahak untuk menjamin kesuburan tanah dalam jangka panjang.
Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada status kesuburan tanah. Biasanya baja ditabur 3 kali, sekali sebagai baja asas dan 2 kali sebagai baja tambahan. Baja asas di tabur dan digaul kedalam tanah semasa atau sebaik sahaja penanaman dilakukan.
Baja tambahan pula dibubuh setiap 2 bulan selepas tanam. Jumlah baja yang diperlukan bagi sehektar tanaman ditanah mineral ialah 80-100 kg N, 40-60 kg P2O5 dan 40-80 kg K2o. Bagi Tanah gambut, kapur atau zeolite sebanyak 2.5 tan/ha perlu juga di tabur. Baja asas : Sebatian NPK 12:12:17:2
Baja Tambahan : Urea 65 kg setiap kali pembajaan dibubuh pada 2 dan 4 bulan selepas menanam.




 
PENUAIAN

Penuaian serai makan untuk kegunaan segar boleh dilakukan 6 hingga 8 bulan selepas ditanam. Rumpun-rumpundigali menggunakan cangkul. Akar serta daun dipotong meninggalkan batang dengan upeh daun sepanjang 10 – 15cm. Bagi tanaman yang berkepadatan 20,000 rumpun/ha, biasanya serumpun serai menghasilkan antara 30 dan 40 batang yang boleh dipasarkan. Daun dan batang yang biasanya dibuang boleh juga disuling untuk pengeluaran minyak pati. Untuk pengeluaran minyak pati pula, penuaian pertama juga dilakukan setelah tanaman berumur 6 hingga 8 bulan. Daun-daun dipotong lebih kurang 10 cm di atas paras tanah. Rumpun-rumpun dibiarkan tumbuh semula, dibaja dan
dipotong semula setiap 3-4 bulan. Selepas kira-kira 4 tahun penanaman semula perlu dilakukan kerana hasilnya semakin rendah. Hasil daun segar setiap kali penuaian/pemotongan ialah antara 8 hingga 12 tan/ha bergantung kepada umur dan kesuburan tanaman. Oleh itu, anggaran hasil bagi tahun pertama ialah 16-24 tan/ha (2 kali penuaian) dan bagi tahun-tahun berikutnya ialah 32-48 tan/ha.

KOS PENGELUARAN DAN PENDAPATAN
Dalam keadaan sekarang, dimana bilangan petani yang menanam serai makan secara komersial masih terhad, pendapatan yang didapati adalah agak lumayan untuk kegunaan segar. Dengan harga di peringkat ladang antara 2 dan 3 sen/batang (harga di Lembah Kelang). Pendapatan kasar semusim antara RM 10,000 dan RM 20,000 boleh diperolehi dari sehektar tanaman. Kos pengeluaran dianggarkan antar RM 3,000 hingga RM 4,000 sehektar.
Ladang tanaman perlu juga dikawal daripada rumpai terutamanya diperingkat awal pertumbuhan. Sekiranya penyediaan tanah dijalankan dengan baik, satu atau dua kali merumput biasanya mencukupi. Sehingga kini belum ada laporan mengenai serangga atau penyakit ke atas tanaman serai makan.

PENYEDIAAN HIDROPONIK 3T DAN CARA PENANAMAN TEBU


PENYEDIAAN HIDROPONIK 3T

1. Semai biji benih di atas span, pasir kasar atau sabut halus. Biarkan hingga tumbuh 3 atau 4 helai daun.Bila nak dipindahkan nanti bersihkan akar anak pokok tersebut.


2. Sukatan nutrien/baja hidroponik dgn bacaan EC 1.4 hingga 1.6 bagi sayur jenis daun.

3. Sediakan raga yg mengandungi kain mop(kain yg menyerap air). Gunting hingga berbentuk sumbu agar mampu menyerap nutrien/baja. Tarik keluar bahagian bawah agar menjadi sumbu.



4. Pindahkan anak benih ke dalam raga. Letakkan satu atau dua biji benih/anak pokok bagi setiap raga.


Nota :
Jika semaian terus baja/nutrien pada bacaan EC1.4-1.6 hanya dimasukkan selepas 7 hari .
Jika disemai kemudian dipindah, baja/nutrien dimasukkan selepas 2 hari pada kepekatan separuh dan separuh lagi bakinya pada hari ke 7.
.
5. Masukkan air hingga 3/4 penuh ke dalam takung. Kacau larutan berbaja hingga sebati.





6. Raga diletakkan ke dalam lubang pada penutup takung.

7. Pastikan raga/medium terendam pada larutan di dalam takung.
8. Lakukan penjagaan sehingga mengutip hasil.


PENANAMAN TEBU

Cara menanam tebu "di bawah" batas





PEMBAJAAN

PEMBAJAAN
Kesuburan tanaman bergantung pada jenis baja, cara dan masa pembajaan. Pokok yang dibaja akan menjadi sia-sia jika baja yang digunakan tidak sesuai dengan keperluannya. Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tumbesaran terbantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu baja boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh dicampurkan kepada tanah untuk membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh pokok.


Tumbuhan memerlukan 17 unsur-unsur pemakanan untuk membesar dan melengkapkan edaran hidupnya. Unsur-unsur ini boleh di kategorikan kepada kepada tiga kategori sebagaimana rajah di bawah. Tumbuhan memperolehi unsur-unsur di atas daripada tiga sumber iaitu dari udara, air dan tanah. Karbon, hidrogen dan oksigen diperolehi oleh pokok daripada air dan udara, manakala unsur-unsur lain semuanya diperolehi dari tanah iaitu dari baja dan bahan organan dalam tanah.

Terdapat dua kategori baja iaitu:


a) Baja Organik

Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan. Biasanya digunakan sebagai baja permulaan. Bertujuan untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup reput. Contohnya seperti najis-najis haiwan, buangan kelapa sawit seperti tandannya, humas/kompos, darah dan tulang yang diproses dan sebagainya.


b) Baja Kimia

Baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair.
Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur.
Contohnya ialah seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan, Welgrow dan sebagainya.

Baja kimia jenis butiran pula terdapat dalam 2 jenis:

1. Baja butiran kompaun (compound fertilizer)
2. Baja tunggal. (single dressing fertilizer)


Baja kompaun.

Baja yang telah diproses lengkap dengan pelbagai unsur.
Seperti NPK 15:15:15 & NPK 12:12:17+2 TE


Baja tunggal.

Baja yang punyai satu jenis unsur sahaja.
Seperti Urea (N), TSP- Triple super fosfat (P2O5), MOP- Muriate of potash (K2O)



CARA/TEKNIK PEMBAJAAN


a) Cara taburan
Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan atau menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini mesti digaul dengan tanah supaya ianya tidak terdedah dipermukaan tanah. Cara ini selalunya digunakan apabila membaja asas sayur-sayuran. Siram dengan mencukupi.



b) Cara jalur atau jajar (Band or row placement)
Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di sebelah dan di bawah bijibenih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu berhati-hati supaya baja tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan bijibenih.
Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2”-4” di sebelah dan di bawah benih semasa menanam.
Cara ini digunakan pada tanaman berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan lain-lain.



c) Baja permukaan(Top dressing)
Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang membesar. Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja permukaan, kerana baja nitrogen senang larutresap dan oleh itu hanya se tengah sahaja dibubuh semasa menanam dan yang selebihnya dibubuh semasa tanaman sedang membesar.


d) Pembajaan sisi (side dressing)

Dengan cara ini, baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang sedang membesar. Cara ini dibuat bagi tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-pokok. Bagi tanaman se musim, pembajaan sisi ini hanya dilakukan untuk baja nitrogen sahaja.


e) Pembajaan berpoket (pocket placement)

Dengan cara ini, baja dibubuh secara bertumpuk-tumpuk iaitu dibubuh dilubang-lubang dan kemudian ditimbus. Cara ini selalu digunakan apabila membaja pokok-pokok dengan membubuh baja dilubang-lubang yang dikorek disekeliling pokok. Cara ini juga digunakan apabila membaja ubi keledek dan lain-lain. Lubang di korek di keliling silara dengan jarak 50 cm.


f) Penyemburan daun (foliar application)
Cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan mikro kepada tanaman iaitu dengan cara menyembur larutan pemakanan tersebut kepada daun-daun. Unsur-unsur kuprum, zink, ferum, boron, dan molybdenum, selalunya diberikan kepada tanaman dengan cara semburan daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah sampai ke tanah.
TANDA KEKURANGAN BAJA PADA TANAMAN
NUTRIEN
TANDA KEKURANGAN
Nitrogen (N)
Daun menjadi kuning, khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan. Urat-urat daun juga menjadi kuning.
Fosforus (P)
Saiz daun lebih kecil.
Kalium (K)
Tanda mula-mula kelihatan pada daun yang tua. Ciri-ciri kekuningan pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang.
Kalsium (Ca)
Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua.
Magnesium (Mg)
Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun dan merebak ke bahagian tepi. Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat akan luruh.
Sulfur (S)
Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas
Ferum (Fe)
Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih jelas.
Mangan (Mn)
Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun masih kelihatan hijau.
Kuprum (Cu)
Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk terminal. Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang juga mudah diserang mati rosot.


PROGRAM PEMBAJAAN BAGI TANAMAN KEKAL / BUAH-BUAHAN / DUSUN

Peringkat Pertumbuhan
Umur Pokok (tahun)
Jenis Baja Sebatian (N:P:K:MG)
Kadar Baja Kg/pkk/tahun
Masa & Cara Membaja
Masa menanam
Baja Asas
CIRP
0.2
Dimasukkan kedalam lubang dan digaul dengan tanah atas. (top-soil)


Baja organik
5-10
Tumbesaran
1
15:15:15 atau
1.0-2.0
Baja sebatian ditabur/ poket/jalur dibawah julai daun 3-4 kali setahun.
Bahan organik ditabur & digaul kedalam tanah,dipangkal pokok sekali setahun.

2
14:13:19:2 atau

3
15:15:6:4


Baja organik
5-10
Berbuah
4
12:12:17:2+TE
2.0
Baja sebatian ditabur/ poket/jalur dibawah julai daun 3-4 kali setahun.
Bahan organik ditabur & digaul kedalam tanah,dipangkal pokok 1-3 kali setahun.

5
atau
2.5

6
12:6:22:3
3.0

7
atau
4.0

>8
13:13:20:2+TE
4.0


Baja Organik
15-30

Popular Posts

Total Pageviews